FORUM 2
HUBUNGAN PERAPATAN
Hubungan perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain.
Hubungan perapatan kanak-kanak kepada ibu bapa sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?
hello miss.saya amat tertarik dengan tajuk forum yang saudari kemukakan. Pada pandangan saya,Seperti kata seorang ahli psikologi terkenal dari Austria, Sigmund Freud, secara semula jadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan ayah. Sebab itu, mengikut Freud, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka. Anak perempuan pula sebaliknya mengikut Freud sejak kecil selalu menjadikan ayah mereka sebagai 'hero' malah mereka selalu cemburu bila ayah bermesra dengan ibu kerana dianggap cuba merampas kasih mereka kepada ayah. Antara faktor yang menyebabkan anak-anak tidak lagi rapat dengan ayah mereka adalah anak-anak kurang mendapat didikan agama yang sewajarnya. Anak-anak tidak memahami adab hendak menghormati orang tua mereka sehingga melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan ibu bapa mereka. Selain itu, anak-anak juga terlibat dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Sebagai seorang ibu bapa yabg bertanggungjawab seharusnya harus menitikberatkan didikan agama kepada anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah bermula dari rumah jadi jelaslah dapat dilihat ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-anak mereka.
ReplyDeletehello Miss Ain. terima kasih atas pendapat miss. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Miss bahawa perapatan kanak-kanak kepada ibu bapa sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak untuk mengelakkan kanak-kanak terjebak dengan gejala-gejala sosial yang merosakkan masa depan kanak-kanak. Seterusnya, apakah pendapat saudari dan saudara sekalian tentang tajuk forum ini?
Deletehello miss Helley, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Ini kerana, perhubungan yang tidak rapat akan menyebabkan timbulnya masalah kepada mereka. Mereka akan mengalami masalah perubahan sikap seperti memberontak, menggunakan ayat kasar dan cenderung untuk bertindak ganas. Sekiranya dibiarkan tidak mustahil masalah ini akan menguasai diri anak-anak sehingga meningkat ke alam dewasa.
ReplyDeletehello miss Aishah, terima kasih kerana sudi memberi pendapat pada forum saya. Terima kasih juga atas pendapat Miss tentang kesan perapatan ibu bapa terhadap kanak-kanak iaitu perapatan mampu mengatasi perubahan sikap terhadap kanak-kanak. Bagaimana pula dengan pendapat saudari dan saudara yang seterusnya?
Deleteassalamualaikum dan selamat tengah hari,hari ini saya ingin mengemukakan pendapat saya mengenai hubungan perapatan yang wujud dalam kalangan keluarga.Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
ReplyDeleteTambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.
Selamat sejahtera saudari Sal Davisa. Terima kasih kerana sudi mengemukakan pendapat pada tajuk forum ini. Saya bersetuju dengan pendapat yang saudari kemukakan iaitu perapatan ibu bapa sangat memberi manfaat terhadap perkembangan kanak-kanak. Memang betul pendapat saudari iaitu perapatan antara ibu bapa dan kanak-kanak mampu menjaga keselamatan sosial,menangani masalah sosial kanak-kanak serta dapat mengawal emosi kanak-kanak. Bagaimana pula pendapat saudara dan saudari yang seterusnya?
Deletehai miss helley. Perapatan antara ibu bapa dan anak adalah ilmu kekeluargaan dan semua orang yang ingin bergelar ayah harus mengetahuinya. Saya sendiri perlu memahaminya dan mendalami persoalan ini. Pada pendapat saya hubungan perapatan yang longgar akan menyebabkan masalah kepada anak itu sendiri. Banyak punca yang menyebabkan masalah ini seperti masalah kerja dibawa pulang kerumah sehingga mengabaikan emosi anak-anak. Keperluan emosi yang tidak dipenuhi akan menyebabkan anak-anak memberontak dan ini akhirnya mencetuskan masalah besar apabila timbul kesalahfahaman antara ibu dan bapa. Hal ini tidak harus dibiarkan. Oleh itu saya berpesan dalamilah ilmu kekeluargaan melalui bacaan,seminar dan perbincangan. Semoga bermanfaat untuk semua. Sekian.
ReplyDeletehai Miss Ieza. Terima kasih kerana sudi memberi pendapat pada forum saya. Saya sangat bersetuju dengan penpadat saudari bahawa perapatan antara ibu bapa dan kanak-kanak sangat penting dalam mengelakkan pemberontakkan kanak-kanak serta dalam mengelakkan pencetusan masalah besar antara ibu bapa dan kanak-kanak.
Delete