FORUM 4
stress adalah keadaan yang resah , cemas dan tegang akibat daripada pelbagai tekanan sama ada mental dan fizikal. Kebanyakkan golongan yang banyak mengalami stress adalah pelajar. Bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak - kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia . Adakah mereka juga turut mengalami masalah stress yang tinggi . Apakah pandangan rakan-rakan sekalian ?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesaya tertarik dengan soalan yang diutarakan oleh saudari. terlebih dahulu saya ingin memberikan beberapa faktor yang yang menyebabkan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dinegara ini berkemungkinan mengalami masalah keadaan kesihatan mental yang kurang baik atau antaranya persekitaran sekolah, rakan sebaya dan sistem pendidikan. menurut hasil kajian para ahli psikologi kanak-kanak ,sifat semulajadi kanak-kanak ialah mereka menyukai suasana persekitaran yang riang dan ceria.selain itu, mereka juga menyukai kawasan yang luas dan besar untuk bermain. bayangkan jika anda seorang kanak-kanak yang berjiwa bebas tetapi terkurung dala kawasan yang sempit. menurut saya keadaan inilah yang menyebabkan kesihatan mental mereka terjejas, emosi mereka tidak terekpresi dengan baik. selain itu, keadaan yang kurang selesa semasa belajar maka kanak-kanak akan tergangu dan menyebabkan mereka mungkin terlupa dengan apa yang dipesan oleh guru mereka yang mungkin menyebabkan mereka dimarahi oleh guru mereka. oleh itu, pada hemat saya, keadaan kesihatan mental itu tergantung dengan bagaimana sikap ornag dalam persekitaran kanak-kanak itu
ReplyDeleteHai Miss Ieza. Terima kasih kerana tertarik dengan tajuk forum saya. Terima kasih juga atas pendapat Miss tentang forum ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat Miss bahawa faktor persekitaran sekolah sangat mempengaruhi kanak-kanak dalam proses pembelajaran mereka seterusnya akan menimbulkan kesihatan mental kanak-kanak sekiranya persekitaran pembelajaran mengalami gangguan. Apakah pendapat saudara dan saudari yang seterusnya?
DeleteSelamat sejahtera saudari Helley. Saya tertarik dengan tajuk di e-forum anda ini.
ReplyDeletePada pendapat saya, kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
Selamat sejahtera saudari Nadya. Terima kasih kerana tertarik dengan tajuk forum saya. Terima kasih juga atas pendapat yang saudari berikan kerana pendapat saudari sangat memberi pendedahan kepada para pembaca tentang tajuk ini. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa peranan ibu bapa sangat penting dalam keperluan emosi kanak-kanak untuk kesihatan mental serta pembelajaran kanak-kanak. Bagaimana pula pendapat yang seterusnya?
DeleteIngin merasa memakan ubi,
ReplyDeletebanyak rasa enaknya ubi,
salam kata ku terima,
untuk penyambung kata bicara.
Saya merasa zaman persekolahan dahulu kembali apabila perbincangan dimulakan dengan pantun. Sungguh menarik ya.
Pandangan saya berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah di Malaysia ialah secara umum adalah ditahap yang sederhana. Berdasarkan beberapa isu yang mengatakan bahawa kanak-kanak juga menghadapi stress yang tinggi dipengaruhi oleh faktor persekitaran keluarga dan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana kanak-kanak zaman sekarang sedang dibanjiri dengan keadaan teknologi yang moden, ibubapa mereka akan membuat jadual pembelajaran untuk mendapat keputusan yang terbaik. Tetapi disebalik pendekatan ini banyak perkara yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah kerana terpaksa menghabiskan lebih masa untuk belajar, sedangkan kanak-kanak perlukan rehat dan bermain yang seimbang. Kepadatan jadual ini menganggu emosi seterusnya mengundang stress.Namun begitu, kadar stress kanak-kanak tidak sama dengan stress orang dewasa. Kanak-kanak yang stress selalunya, akan menangis bila-bila masa sahaja, mereka menganggu rakan yang lain, tidak membuat kerja sekolah dan banyak lagi. Kanak-kanak sekolah rendah mengalami stress akibat kepadatan jadual. Manakala,kanak-kanak prasekolah menghadapi stress apabila mereka ditinggalkan oleh ibu atau bapa di rumah mahupun di sekolah.
Pada pandangan saya, kanak-kanak sekolah rendah adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi masalah stress ketika proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa mengikut kemahuan ibubapa.
Oleh itu, seimbangkanlah masa belajar dan bermain anak-anak anda kelak
Salam sejahtera saudari Sal Davisa. Terima kasih atas pandangan saudari tentang tajuk forum ini. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari bahawa kesihatan mental kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa dan juga guru sangat penting dalam mengawal kesihatan mental kanak-kanak. Seterusnya, apakah pendapat saudara dan saudari mengenai tajuk forum ini?
Deletesalam sejahtera saudari, pandangan saya mengenai isu yang saudari kemukakan ialah kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia sering menghadapi stress atau tekanan apabila mereka tidak mampu untuk menerima dan menyeimbangkan tuntutan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Seterusnya, stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku padanya. Selain itu, apabila kanak-kanak ini menghadapi stress secara berterusan, maka akan berlaku perubahan dari segi fizikal iaitu perubahan berat badan yang ketara, kurang kecerdasan dan mempunyai masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Contohnya, terdapat satu kes iaitu seorang pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Keadaan yang dialami oleh pelajar ini menunjukkan dia mengalami tekanan kerana dia mempunyai perasaan resah, kurang keyakinan diri bahawa dia akan dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu. Kesimpulanya, saya dapat menyimpulkan bahawa kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di negara kita menghadapi stres apabila mereka tidak mampu mencapai sesuatu perkara yang diingininya.
ReplyDeletesalam sejahtera saudari Aishah. terima kasih atas pandangan saudari. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari bahawa kanak-kanak akan mengalami stress disebabkan peristiwa atau desakan daripada individu yang lain.
Delete