FORUM 3
Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima,menilai,mengelola, serta mengontrol emosinya dan orang lain di sekitarnya. Manakala,kecerdasan intelek pula merupakan sifat pemikiran yang mencakupi sejumlah kemampuan seperti kemampuan menular,kemampuan menyelesaikan masalah,memahami gagasan,menggunakan bahasa dan belajar. Oleh itu, pada pandangan anda, mengapakah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan?
Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
ReplyDeletesalam sejahtera saudari Sal Davisa. Terima kasih atas kesudian saudari berforum dengan saya dan memberi pendapat yang sangat memberi pengetahuan kepada pembaca blog. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari iaitu kecerdasan emosi sangat penting berbanding kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini demikian kerana kecerdasan emosi mempengaruhi kita dalam membuat sesuatu pekerjaan. Apabila emosi seseorang tidak stabil ketika bekerja maka semua kerja yang hendak dibuat tidak akan menjadi. Bagaimana pula dengan pendapat saudara dan saudari sekalian?
Deletehai. pendapat saya,Kecerdasan emosi (EQ) dikaitkan dengan pemikiran yang berlaku di sebelah otak kanan manusia. Secara spesifiknya kecerdasan emosi menjana pemikiran otak kanan untuk menghasilkan pertimbangan yang wajar, secara mudah, bebas dan bersahaja ke arah penyelesaian masalah. Ia juga membantu meningkatkan tahap penyesuaian secara menyeluruh, holistik, sintesis, konseptual dan proaktif. EQ meningkatkan daya fokus pembelajaran yang lebih lama selain dapat membina akhlak yang dan tingkah laku yang baik. Kecerdasan intelek (IQ) pula dikaitkan dengan pemikiran yang berlaku di sebelah otak kiri manusia. Pemikiran IQ yang menggunakan otak kiri sebenarnya lebih terhad kepada analisa logikal yang memerlukan langkah demi langkah dan berturutan. Penyelesaian masalah lebih tertutup dan berulang-ulang yang banyak mencetuskan kekeliruan. Kesannya banyak aktiviti menjadi perlahan selain sangat bergantung kepada analisa satu persatu.
ReplyDeleteIndividu yang tinggi dalam kecerdasan emosi mempunyai kebolehan menggunakan emosi sebaiknya, lazimnya individu seperti ini dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai emosi mereka. Individu yang mempunyai tahap kecerdasan emosi, kecerdasan sosial dan kemahiran yang tinggi juga mampu membina kejayaan serta dapat meneruskan hidupnya (survival). Dalam membincangkan hal kecerdasan emosi ini, terdapat dua kajian utama yang dijalankan tentang kecerdasan emosi terhadap kejayaan dan kepentingannya terhadap individu berbanding kecerdasan intelek, iaitu kajian yang dilakukan oleh Goleman yang ditulis dalam buku terbitan beliau iaitu ‘The Emotional Intteligence’ pada tahun 1995 dan sebelum itu pada tahun 1990 oleh Salovey dan Mayer.
Hai Miss Ieza. Terima kasih atas pendapat saudari. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa individu yang mempunyai kecerdasan emosi mampu membina kejayaan dalam diri mereka.Tambahan pula, kecerdasan emosi mampu meningkatkan daya fokus pembelajaran tentang akhlak dan tingkah laku seseorang yang baik. Seterusnya, apakah pendapat saudari dan saudari tentang tajuk forum ini?
Deletehai helley, pada pandangan saya peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
ReplyDeleteHai Aishah. Terima kasih kerana memberi pendapat tentang tajuk ini. saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa peranan ibu bapa juga dapat membantu dalam kecerdasan emosi kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan individu yang pertama untuk mendidik kanak-kanak dalam tingkah laku mereka. Seterusnya, apakah pendapat yang diberikan oleh saudara dan saudari sekalian tentang tajuk forum ini?
DeleteKecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
ReplyDeleteHello saudari Kelly.Terima kasih atas pendapat saudari mengenai tajuk forum ini iaitu kecerdasan emosi kanak-kanak. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kecerdasan emosi dan fizikal seseorang dipelajari daripada pengalaman mereka. Selain itu, kecerdasan emosi juga membolehkan seseorang untuk menilai diri mereka dalam membuat tindakan.
Delete