Monday, 14 December 2015



FORUM 1



                                    

Rakan sebaya merupakan individu bagi mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak. Pada pendapat anda, apakah peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?

8 comments:

  1. hello cikgu helley. pada pendapat saya, rakan sebaya sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak. hal ini kerana, kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya. selain itu,rakan sebaya juga dikatakan mempengaruhi perkembangan rakan senbya kerana, setiap perhubungan persahabatan pasti ada sedikit pergolakan . sama ada perkara kecil atau besar. disini lah peranan sosio emosi ini berkembang. mereka akan mengalami pelbagai jenis emosi seperti sedih, gembira , perasaan marah dan sebagainya. oleh itu, pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting tidak mengira peringkat umur. sekian terima kasih. itu sahaja pendapat dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello cikgu Ain. terima kasih atas pendapat cikgu yang sangat memberi pendedahan tentang rakan sebaya. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan sosio emosi kanak-kanak iaitu mempengaruhi perasaan mereka. Bagaimana pula pendapat saudari atau saudara yang seterusnya?

      Delete
  2. selamat sejahtera, terima kasih kerana mengemukakan isu yang amat amat menarik perhatian saya. Pada pandangan saya, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat sejahtera saudari Aishah.Terima kasih atas pendapat saudari yang memberi banyak pengetahuan tentang rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. saya bersetuju dengan pendapat saudari kerana rakan sebaya merupakan orang yang terdekat kepada kanak-kanak apabila mereka melangkah ke alam persekolahan. Apakah pendapat saudara dan saudari yang seterusnya?

      Delete
  3. benar pandangan anda sekalian yang menyatakan Rakan sebaya memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.
    Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sejahtera Miss Ieza. Terima kasih atas pendapat saudari yang menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan pengaruh yang kuat terhadap seseorang individu. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari. Saudari dan saudara yang seterusnya,apakah pendapat anda tentang tajuk forum ini?

      Delete
  4. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya, tajuk forum ini menarik perhatian saudara dan saudara sekalian. Terima kasih saudar Sal Davisa atas pendapat anda. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari iaitu rakan sebaya sangat mempengaruhi kanak-kanak dalam proses perkembangan otak mereka serta dalam peningkatan kadar perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

      Delete